Monday, July 23, 2012

Hanya Merancang....Dan masih merancang

:: 23 Julai 2012-2:30 ptg::
:: Isnin ::

:: Monday blues....terasa lambat nye ari ni...so far alhamdulillah dapat berpuasa even breastfeed  my princess mia ..actually aku ngah busy menjahit tempahan 'MYARTBUBBLE' ..terima kasih yang sudi menempah..sambil-sambil tu aku tengok status update sahabat ku sambut first year birthday  for their baby...adoi...chomel-chomel...next month  my princess mia  birthday..nak buat apa yer?kena bulan puasa..memang tak lah nak berparty bagai...plan nak postponed birthday party my princess mia ..tapi pikir balik.. my princess mia  kechik lagi nak di buat party..tapi yerlah bagi kenangan kat my little boo..so far no plan..cuma mydear ada gak cakap..just buat makan-makan jer antara family..ok gak plan tu...hihi..ntah lah...masih merancang...cuma tengah mencari kek special for my princess mia ...hihih..any suggestion? Ni sebahagian birthday cake yang aku google untuk  my princess mia  nanti...

::cute kan?::

Oleh sebab  my princess mia  suka cartoon 'Dibo The gift Dragon'...ingat nak tempah kek special ada deco Dibo...hihi

::cupcake pun ok kan...cute sangat...mesti  my princess mia  tak nak makan...sebab nak simpan jer..hahhaha::



::antara koleksi kek dibo::

Bulan-bulan puasa ni..buat aku terliur plak...hahha...oklah nak share ni jer..siapa agaknya yang pandai buat kek ada deco Dibo?nak tempah lah...hihihi..xoxo..muaaaah::

Saturday, July 21, 2012

Kami Bertiga Di Bulan Mulia...:)

:: 21 Julai 2012- 12:00tgh hari::
:: Sabtu ::

:: Salam Ramadhan aku ucapkan pada semua yang menjalani ibadah puasa..sekejap jer rasanya dah berpuasa kembali..tahun lepas aku masih ingat lagi..berpuasa dalam keadaan memboyot..adoii...masa tu tunggu masa jer nak bersalin..tup tap tup tap..dah puasa kembali tapi kali ni si kechik comel ada sama...hihih..lain feeling berpuasa tahun ni...kalau tahun lepas berdua..and berdebar nak menunggu hari..tahun ni..duk sibuk nak pikir masak apa and layan si kechik ni nak makan time semua orang berpuasa..hahhaha..dugaan..but its fun!!

Tahun kedua menjadi isteri to mylove mydear...happy sangat..ye rrr..tahun ni kami berpuasa dan berbuka sendiri..dah duk sendiri ni lain ranya..kalau tahun lepas masih ada orang leh tolong sediakan lauk pauk sahur dan berbuka..tahun ni sendiri..so duk asyik tanya mydear nak makan apa..hahhaha..nasib dapat hubby yang tak banyak karenah ko..satu je pesanan mydear...'nak masak apa pun dear tak kisah..asal jangan membazir'..aip2 chip!hahhah...aku ni kadang-kadang rambang mata..banyak dipikirkan nak makan apa..last-last tak terusik pun..adoii..nasib mydear bagi ingat awal-awal..hihi...yang seronok kami dapat berterawikh sama-sama tahun ni..alhamdulillah semalam dapat tunaikan hari pertama..dan insyallah dapat tunaikan solat terawikh sebanyak yang mungkin..insyallah...

Tahun pertama bergelar ibu..perasaan yang tak dapat di gambarkan..dengan masih menyusu badan untuk  my princess mia ..untuk hari pertama ni alhamdulillah aku masih bertahan..mungkin sebab dah practise sebelum ni mengganti puasa aku yang banyak tinggal last year sebab bersalin..untuk masa dan detik ni.. my princess mia  tak meragam pun..bangun pagi dah siapkan breakfast untuk  my princess mia ..alhamdulillah everything ok..

So rasanya untuk bulan yang mulia ni..aku nak minta maaf pada semua sahabat handai di dunia nyata dan juga alam maya..pada family..jika segala pertuturan kata..penulisan..tingkah laku ada yang membuat sesiapa tersinggung..aku doakan kita semua sama-sama mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini..insyallah..SALAM RAMADHAN dari kami sekeluarga...xoxo..muaaah::

:: SALAM RAMADHAN dari  my princess mia ..Opps sory mia mamam..::


Thursday, July 19, 2012

Cantikkan Si kechik!!

:: 19 Julai 2012-3:00pagi::
:: Khamis::


:: Ramadhan akan menjelma..Syawal menyusul..kami menerima tempahan pada sesiapa yang berminat dengan hasil kerja myartbubble..silalah lihat segala hasil kreatif dari kami..kebanyakkan pelangan kami membuat tempahan untuk majlis aqiqah , perkahwinan dan sebagainya ..mari membeli belah pada hujung minggu!!

Tempahan :-

1) Hairband Baby Pre Order / Custom made ( free gift hair clip & ribbon pin )

2) Brooch untuk penangaggah (wedding / aqiqah ) minima -20 pieces

3) Hairband Flower Girl Custom made n etc...

Segala pertanyaan boleh di email kepada kami myartbubble@gmail.com or inbox kami di facebook...segala pertanyaan akan dilayan..semoga hari anda akan menjadi indah dengan hasil tangan kami..:) ::

http://myartbubble.blogspot.com/









p/s :- ingin melihat lebih banyak design sila like facebook myartbubblehttps://www.facebook.com/pages/myartbubble/180175455374233 ) / web page http://myartbubble.blogspot.com/




Thursday, July 12, 2012

Khamis Tanpa Kata-Kata

:: 12 Julai 2012-2:30ptg ::
:: Khamis ::

:: Khamis tanpa kata-kata..selalunya orang akan tulis 'Rabu tanpa kata-kata' tapi aku pilih hari ni..sebab apa?sebab aku takder idea nak tulis apa..hhahha..esok  my princess mia  berusia 11 bulan..adoiyaii rasa sekejap jer..rasa baru tahun lepas aku duk terhuyung hayang berjalan memboyot bawa mybubble now ha nak setahun my baby  princess mia ...arghh rindu time mybubble ada dalam my tummy...perasaan yang tak dapat di kongsikan...ok now bukan nak berkongsi rasa cuma nak update new news bout  my princess mia ...sesiapa yang dah add aku kat twitter and facebook..mesti ada tengok gambar-gambar terbaru aku update perkembangan si kechik lincah ni..hihi..kat blog aku jarang sebab tak ada masa nak mengadap laptop..alhamdulillah si kecik molek ni cepat belajar...semua yang cakap  my princess mia  ni cepat belajar benda baru..dari cara makan dan juga cara jalan..10 bulan dah pandai berjalan yer sahabat ku di alam maya...punyalah aku penat mengejar..adoii...dah makin noty...suka agah aku balik..makin di tegur senyum simpul kat aku balik...alahai anak...bulan depan  my princess mia  dah nak setahun..uwaa..sambut setahun di buan puasa uollls...k lah next entry aku story banyak lagi pasal si kechik molek ni yer..:) ...xoxo..muaah::

:: A Walk To Remember ::



Thursday, July 5, 2012

Sengih + Nervous!!

:: 5 Julai 2012 - 6 :00 pagi::
:: Khamis::

:: Sementara menanti azan subuh..aku gigihkan diri update blog yang dua tiga minggu aku abaikan..hihi..penat berpindah tak habis lagi tu yang dah lama aku tak update..uit pindah?hihih..tu insyallah next entry ok..aku nak update story aku bertemu ngan idola..hihi..boleh ayat macam tu..haruslah kan..dah lama aku minat kat idola aku ni..

Untuk sekian kali aku update story behind the picture...actually aku dah update gambar ni kat facebook..dan yang pasti ramai komen awat muka aku terlebih sengih dari  my princess mia ...hahhaha..adoii...sengih tu plus nervous ok..kalau aku boleh bagi feeling tu kat korang..pergh sanggup share lah..hahahhaha...

By the way ni gambar konterversi yang korang hangat kan tu.:-


tadaaaaaaaaaaaaa

Hahahaha...me &  sis Wardina Saffiyah ok!ahhahhaha...nervous sangat..bukan aku ni jakun jumpa artis..cuma kali ni lain sikit...sebab terasa di hargai..selalunya kalau korang jumpa artis..mesti time terserempak or korang memang plan nak jumpa time artis ni ada promo event kan?..kes aku lain sikit.hahha..sebab aku bertweet nak jumpa idola aku ni and get good respond from her..tu yang nampak nervous semacam tu..meh aku share tweet aku ngan Wardina Saffiyah on that day.:):-





Korang dah baca tweet ni kan?ha cuba korang gambarkan perasaan aku?hahhaha yang aku lebih excited sebab  my princess mia  sama nama ngan sis Wardina Safiyyah..hihih..Safiyyah Nurdamia meet Wardina Safiyyah...first  sis Wardina Safiyyah  tahu nama anak aku..dia teruja sangat ok..banyak nasihat dia bagi..and bagi aku lagi nervous..tetiba krew production yang shoot iklan  sis Wardina Safiyyah  duk amik video pertemuan kami..waah tetiba feeling artis boleh?hahhahah..apa-apa pun ni adala sweet memory dalam hidup aku and mia..last but not least meh aku share kata-kata semangat dari my friends yang ber tweet masa aku jumpa  sis Wardina Safiyyah ..for sis..you are the most sporting and best sister I've ever met...really appreciate all the words of the spirit of a given...love u!!xoxo..muaaah::

::really appreciate ur support girls!!!::