Tuesday, June 21, 2011

::OLD PICTURE REVIEW..::

::21 Jun 2011-10:00pagi::
::Selasa::

::Assallamualaikum..semalam aku saja godek gambar2 lama kat friendster and myspace..hahhaha..giller wujud lagi akaun aku tu..so jumpa gambar lama2 yang aku pernah upload kat laman sosial tu..hahahah..apa lagi..tapi kena edit dulu...so aku bg korang tgok sikit sewaktu badan ku di kala belum mengembang macam sekarang..hahhaha..giller wei..nak back to this type again..please!!!so enjoy the picture..:)..xoxo..muaaaaaah.::
















Tuesday, June 14, 2011

::Utama logik ketika hamil::

::14 Jun 2011-12:00tgh hari::
::Selasa::

::Hye guys..ari ni just nak share info ngan korang..pada sesiapa yang ada Facebook aku..aku pernah update pasal 'Betul ker kalau makan banyak kicap..anak kuar kulit gelap?mitos or fakta?'  then one of my best friends bagi link dari Berita Mingguan..soal jawab bersama seoaramg doktor di Berita Mingguan..Good info for me also for u guys...so meh baca artikel ni k..:)..

Pantang larang limau penyebab asma, soya pemutih kulit bayi tiada bukti saintifik 

Soalan: SAYA hamil empat bulan dan kerap diingatkan oleh orang di sekeliling saya bahawa wanita hamil tidak boleh mengambil makanan sejuk. Misalnya tidak boleh makan limau Mandarin kerana boleh menyebabkan bayi yang lahir diserang masalah asma? Benarkah pendapat demikian?
Puan Antasya Jawapan: PUAN, soalan begini sememangnya kerap ditanya oleh ibu yang mengandung, khususnya yang hamil anak pertama. Saya rasa pantang larang ketika mengandung dan selepas bersalin mempunyai tujuan yang baik iaitu untuk menjaga si ibu dan juga bayi daripada tercedera dan sentiasa mengingatkan si ibu supaya berhati-hati sepanjang kehamilannya.

Ada dua jenis pantang larang ketika mengandung iaitu yang membabitkan pemakanan dan alam sekeliling. Pantang larang ini bukan saja untuk si ibu tetapi juga untuk si bapa. Bagi aspek pemakanan misalnya pelbagai makanan ‘sejuk’, ‘panas’ atau ‘tajam’ yang tidak boleh diambil ketika mengandung. 

Seperti Puan Antasya katakan, mengambil limau Mandarin kononnya boleh menyebabkan bayi mendapat asma. Memakan nanas pula menyebabkan keguguran manakala sesetengah wanita percaya minum air soya untuk memastikan bayi yang lahir berkulit putih! 

Hakikatnya, secara saintifiknya tiada kebenaran mengenai pantang larang berkenaan. Logiknya semua makanan yang dimakan akan dihadam dalam perut dan usus sebelum diserap dalam bentuk molekul yang kecil seperti asid amino, asid lemak dan glukosa. Semua ini adalah elemen untuk metabolisma dan pertumbuhan bayi. Ia tiada kaitan dengan asma, keguguran atau pun cara untuk berkulit putih. 
Jika kita lihat punca atau risiko bayi menghidapi asma bukan kerana pemakanan. Risiko utama adalah keturunan, terutama jika seorang iaitu sama ada ibu atau bapa mengalami asma. Ia juga adalah masalah alahan. Bagi mengurangkan risiko ini, elakkan susu botol kerana susu lembu mempunyai protein yang boleh menyebabkan alahan.

Andai anak puan berisiko tinggi, susu badan adalah yang terbaik. Bayi yang lahir secara pembedahan juga mempunyai risiko alahan yang tinggi berbanding kelahiran secara normal. Sekiranya Puan terpaksa memberi susu botol, pilihlah beberapa jenama susu bayi yang hipoalergenik dan mempunyai probiotik bagi mencegah alahan ini. 

Saya selalunya mengambil jalan tengah yang mana jika pesakit saya takut melanggar pantang larang yang tiada bukti saintifik dan tidak rasional ini, maka janganlah mengambilnya. Cari makanan yang sesuai dan selamat. 

Ada juga pelbagai pantang larang ketika mengandung seperti dilarang mencaci, memaku, keluar waktu senja, duduk di tangga dan lain-lain lagi. Saya rasa semua ini untuk kebaikan si ibu tetapi puan perlu berwaspada kerana sesetengah kepercayaan ini boleh membawa kita kepada syirik kepada Allah SWT. 

Jawapan disediakan: Dr Suhaimi Isa 
Pakar Runding Perbidanan dan Sakit Puan 
Hospital Pantai Ampang. 


So kalau korang pun ada kemuskilan..jangan segan-segan ok antar email kepada :
“Doktor di Berita Minggu” melalui e-mel, bminggu@bharian.com.my atau melalui pos di alamat Berita Minggu, Berita Harian Sdn Bhd, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100, Bangsar, Kuala Lumpur. Soalan anda akan dijawab Dr Suhaimi Isa, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Pantai Ampang. 

Lepas ni jangan was2 ok..makan selagi boleh menyihatkan baby anda..tapi still kena jaga kesihatan..ok lah ari ni aku n 'mybubble' lunch McDonald....tukar selera..huhuhuh..xoxo..muaaah::

::Jemput makan semua..:)..::

Monday, June 6, 2011

::Mom To Be Look Tired!!::

::05 Jun 2011-3:30ptg::
::Isnin::

::Salam..no in mood today!!Sleepy..::
*
*
*
*
*
*
*
*

::Kan best dapat relax macam ni...sambil layan hot chocolate..please i really need this moment right now!!::


::nice hot chocolate!!::

*
*
*
*
*
*
*

::Enjoy monday blues!!!xoxo...muaaaaaaaah::

Wednesday, June 1, 2011

THE FASHION BAZAAR ITS COMING!!

::01 Jun 2011-10:15pagi::
::Rabu::

::Hye guys..aku rasa siapa yang tgok tajuk entry aku dah tahu pasal apa..semalam aku ada update kat my officially bisnes blog Almarichantekchomel dan fanpage ..Sabtu ni aku ada buka bazaar kat Subang Parade..so pada sesiapa yang berminat nak tengok our collection sila2 lah jenguk kami di sana..dan kalau yang tak dapat jenguk tu..boleh tgok blog Almarichantekchomel aku ok..:)...so segala info ada kat bawah ni..xoxo..muaaaaaaah::