Wednesday, April 27, 2011

::Meh Main Teka Teki::

::27 April 2011-2.30ptg::
::Rabu::

::Assallamulaikum guys!!perut ku kekenyangan.."mybubble" mengeras..hahhah..mana taknya..baru lepas makan buah-buahan k..senak perut aku...tapi demi kesihatan "mybubble" aku makan gak..hihi..memang aku akan pastikan lepas makan tengah hari..aku akan amik buah..tak kira lah buah apa selagi tak memudaratkan "mybubble"..huhuh..

Ok petang ni aku nak main teka-teki ngan korang..yerlah nak bagi ilang stress kan..aku tahu ada yang tengah stress ngadap keje..so meh join teka-teki aku ni..oleh sebab semalam aku dah buat scan for checkup "mybubble"..why not korang teka 'gender' "mybubble"...hihih..takderlah hadiah yang aku nak bagi just nak ilangkan stress..so guys..let enjoy the game k!xoxox...muaaaaaaaah::

 ::"mybubble"-Gender?::

 ::"mybubble"-boy?::


 ::"mybubble"-girl?::

Thursday, April 21, 2011

::Bila Si Suami Izinkan...::

::21 April 2011-12.00tgh hari::
::Khamis::

::Assallammualaikum...tengah hari yang indah..lapar sudah..hahhaha..ok kali ni aku nak share ngan korang my happy time bila mydear izinkan kuar berjumpa all my bff..yer rr..kalau dulu single..bila-bila masa jer leh jumpa beronggeng..now semua kena minta izin ok..alhamdulillah aku dapat hubby yang sangat sporting and understanding..yer rr..bila dah kawen ramai yang bagi excuse nak jumpa kawan2 amat payah..lagi2 bila minta izin suami..bagi aku..masa tu memang aku tak dapat nafikan..masa amat terhad..yerlah nak bahagi masa untuk suami..untuk family..dan untuk kawan2..tapi kalau korang ader masa yang terluang..y not use that time for ur happy moment..ok..last thursday aku jumpa si kecik lala ni..kalau korang nak tahu dia ni kawan aku since uitm lg..dia gak lah deco my hantaran..everything bout my wedding dia bnyak gak bantu..and she also have own blog..blog dia nama..ceklala ..kebetulan time jumpa dia aku drive sendiri..so plan jumpa after keje..so kita org jumpa kat midvalley..dkat ngan opis aku..huhhu..tak jalan mana pun..lepak kat food court sambil borak2..even kejap jer aku jumpa dia..tapi bnyak gak story kami sempat borak2..huhu..meh layan gambar sikit..

::santapan kami...::

 ::muka lepas kekenyangan::
::abaikan muka ku yang makin tembam..huhuh::

Then another story meet all my bff..ahad lepas..one of my frens launch spa..so aku di jemput..hihih..so apa lagi bila dah jumpa all gurls..banyaklah citernya..nasib mydear izinkan pergi..mydear tak dapat join sebab ada keje..so sebelum sampai kat tempat my frens aku,sue,ila n kak azie g lepak kat PapaRich..layan makan lunch dulu..sebab masing2 lum lunch lagi..then after that br kita org g skali..kebetulan kena tunggu merah kan..so guys..malas nak citer panjang.layan gambar k..!!xoxo..muaaaaaah::

 ::muka kelaparan..eh sue mana?hahha..sorry sue terlupa nak snap muka sang owner camera ni..hihih::

 ::tadaaaaaa..dah sampai spa..yang kat bawah pakai tudung tu owner spa..nana..spa dia kat bangi..nice deco nana!!::

::us::

 ::memory::

::guest book..ha tu nama spa nana..meamore!!spa dia kat bangi seksyen 9..:)::




Friday, April 15, 2011

::Hal Mengidam!!::

::15 April 2011-4.30ptg::
::Jumaat::

::Assallamulaikum guys!!petang ni hujan lebat jer..tetiba aku teringat selasa lepas..lepas buat check up for 'mybubble'..tetiba ngidam nak makan 'Ketam Goreng Cili'..apa lagi lepas jer check up..terus g Tesco..beli bahan n ketam..even ketam Tesco ni dah tak sesegar mana..tapi sebab nak ilangkan ngidam ni..beli lah gak..beli  6 ekor dalam RM13.00..oklah kot...nak g seafood restaurant memang payahlah..sebab balik kerja jer dah penat..ni pun kebetulan aku half day..so guys enjoy the food and resepi..dan amat sorry..aku tak sempat amik gambar lepas masak..tapi aku bg bahan2 and cara nak masak k!xoxo..muaaaaaah!!

 ::muka g beli ketam..happy ko!hahhaha::

::google::

  Ketam Goreng Bercili 

Bahan-bahan: 
  • 1 1/2 kg ketam
  • 2 biji bawang besar
  • 5 biji bawang putih
  • 1 mangkuk cili kering dikisar
  • 1 helai daun kunyit
  • minyak
  • garam secukup rasa
Cara-cara:
  1. Ketam digoreng lembab dan ditoskan
  2. Tumiskan bawang putih dan merah yang telah ditumbuk (i tambah sedikit belacan)
  3. Masukkan daun kunyit bila bawang tadi dah kuning/garing
  4. Masukkan cili yang dah dikisar & masukkan garam (i tambah sedikit sos cili n sos tomato n sedikit gula)
  5. Bila dah garing masukkan ketam yg digoreng tadi (i tambah sebiji telur yg telah dipukul sedikit). 

Thursday, April 14, 2011

::Makan Time::

::14 April 2011-1.30ptg::
::Khamis::

::Salam semua..short entry yang penuh dengan gambar..hihi..last week thursday opis aku buat makan-makan sempena apa aku tak tahu..aku selaku pekerja yg memang suka makan..menurut perintah jer..hihi..tempat makan yang tekah di pilih ialah SWENSEN kat SS2 PJ..Nak citer pasal food tak banyak leh komen..a normal western food taste..kalau aku..malas kot nak g lagi..sebab aku rasa ada tempat yang lebih bagus..tgok menu pun aku pilih western burger..air pun normal drink..lime froze...tapi just nak share ngan korang suasana masa aku makan..hihi..enjoy the picture..xoxo..muah::

 ::muka sedang menanti makanan dengan penuh sabar::

 ::my colleague with boss:: 

::yeay my turn..abaikan muka yg serabai tu..hihih::


::my ice-cream for 'mybubble'..hihih::

Wednesday, April 13, 2011

::ANDA HAMIL?::

::13 April 2011-12:00 tgh hari::
::Rabu::

::Assallammualaikum..korang dah kuar lunch?mesti ngah pikir nak makan apa kan..samalah..asyik pikir makan jer ni..hihi..semalam aku g check up...seperti biasa rutin masa check up..amik air kencing..amik darah..check kesihatan aku..but the special moment semalam iyerlah..aku dah dapat dengar jantung 'mybubble'..wah..nak nangis babe..perasaan yang baru dalam hidup aku..kuat ok degupan jantung 'mybubble'...tapi iyerlah g check kat klinik kerajaan kan..hanya aku jer yang dapat dengar..mydear tak dapat..+_+...ok tak mo sedih-sedih..aku ada buat entry pasal puasa kan?alhamdulillah ada yang respon suka apa yang aku kongsikan..dan ada plak yang mintak aku share masa aku dapat tahu aku awal2 hamil..

Ok..memang dari awal aku n mydear plan nak kawen..kami tak pernah plan nak rancang2 anak..kalau boleh aku memang nak awal..memandangkan melihat rakan2 seusia ku pun dah ada anak dua tiga..so perasaan tak sabar tu sangat lah tinggi..so dua bulan selepas berkahwin..period ku mula tak menentu..ada sekali dekat seminggu lewat..aku dah mula excited..yerlah harapan jadi kenyataan..so dengan excited aku beli pregnancy test..aku ada tunjukkan pregnancy test aku kat entry ni..(orang baru)..aku ingat lagi 4 December 2010..masa tu aku balik kampung mydear..aku beli tanpa pengetahuan mydear..so pagi2 tu aku dah mula excited..yerlah..perutku mula meragam..keras..aku ingat dah mula ada tanda aku hamil..tapi tinggal harapan.masa test tu negative..aku mula tak sedap hati..period ku lewat..tapi nak menjaga kesihatan ku..mydear bawa aku ke klinik..ujian yang sama..negative..doc cakap mungkin aku gastrik...hampa ok..mydear pun terkejut aku buat test tanpa pengetahuan dia..yerlah niat hati nak buat suprise tapi lain jadi nya..

Tiga minggu lepas tu(21 December 2010)..aku mula tak sedap badan..sengal2 badan..kejap2 rasa badan panas..selera pun macam memilih..mula2 aku malas nak pikir sangat..yerlah tak nak ada harapan sangat..tapi kali ni aku tak berahsia ngan mydear..aku citer yang period ku mula tak datang seminggu..badan jadi lemah..so mydear n aku beli kat farmasi area umah beli pregnancy test..lepas dinner malam tu..aku test..mula2 aku tak yakin gak..tapi mydear excited nak tahu result..and ya..the result make us happy positive!!happy ok..sangat..terus kami share ngan semua ahli keluarga..esoknya mydear bawa aku jumpa doctor..and ya aku pregnant..love that moment..so pada Nadz yang nak tahu tanda-tanda awal me tahu pregnant..just simple tanda..mungkin ada yang lebih menarik dari cerita aku..tapi untuk tak menghampakan Nadz kat sini aku share 10 Tanda Hamil...:)

10 Tanda Hamil



1. Rasa lapar yang berpanjangan

Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.

2. Perubahan pada warna di sekliling payudara

Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.

3. Kerap membuang air kecil

Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.

4. Merasa tidak bermaya

Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

5. Sakit dan tegang pada buah dada

Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.

6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari

Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.

7. Rasa loya dan muntah

Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.

8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan

Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.

9. Missed period

Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.
Dan akhirnya..

10. Ujian air kencing yang positif

Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan...

...Tahniah!

::'mybubble' 21 weeks now!!alhamdulillah::

Monday, April 11, 2011

::Panduan Ibu Hamil Berpuasa::

::11 April 2011-5.00ptg::
::Isnin::

::Assallammulaikum sahabat...mendung jer aku petang ni semendung cuaca kat luar..hihi..mata dah nak tunjuk tanda-tanda Zzzzzz..rasa nak g surau lepak tido boleh?hahhahha..ok untuk aku ngelak daripada tido..meh aku share tips2 khas untuk ibu hamil seperti aku ni..:D..niat hati minggu ni aku nak mula ganti puasa..yerlah..kalau ikut due bersalin aku betul-betul dalam bulan puasa..so akibatnya..aku kena ganti puasa cepat..hahha..motif?ada kena mengena ker?hahha..tapi tu lah..sok nak jumpa doktor..maybe after check up..ada yang khuatir aku nak ganti puasa..yer lah larat ker?sedangkan sekarang asyik ngunyah and minum jer..tapi ganti tetap ganti..so aku google artikel panduan dan tips untuk ibu hamil berpuasa..maybe artikel ni dapat memberi sedikit info ok..

*ni artikel aku dapat dari website ni.: http://paramedik.bbfr.net/t1567-panduan-ibu-hamil-berpuasa




Dr. Adilah Ahmad. 






KEHAMILAN merupakan suatu perubahan fisiologi wanita yang berlaku untuk tempoh sembilan bulan dan disusuli dengan tempoh berpantang. 
Kebetulan masuk bulan Ramadan, wanita yang hamil juga ada kalanya ingin menjalani ibadah tersebut. 

Namun, terdapat beberapa aspek perlu difahami mengenai amalan berpuasa di kalangan wanita yang sedang hamil.

Menurut Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) Dr. Adilah Ahmad manusia normal juga ‘berpuasa’ pada setiap malam sewaktu tidur.

“Bezanya sewaktu tidur kita tidak melakukan aktiviti lain. Tidur malam secara purata iaitu lapan jam berterusan juga tanpa disedari menyebabkan kita berpuasa dalam tempoh tersebut.

“Penyesuaian pengambilan pemakanan yang mencukupi dalam tempoh terhad ini secara prinsipnya tidak mendatangkan masalah besar. 

“Bagaimanapun, jika berpuasa dikhuatiri akan menjejaskan kehamilan, maka seseorang bolehlah untuk tidak berpuasa,” ujarnya.

Berkongsi panduan bagaimana ibu hamil yang ingin berpuasa, Dr. Adilah memberikan beberapa panduan berguna.

“Sebaik-baiknya sebelum ibu hamil mengambil keputusan untuk berpuasa, mereka perlu mendapatkan nasihat doktor masing-masing sama ada boleh berpuasa atau sebaliknya. 

“Wanita yang mempunyai masalah seperti kencing manis kronik, darah tinggi, masalah ulser, sistem pencernaan dan sebagainya, mungkin dinasihatkan doktor agar tidak berpuasa,’’ katanya.

Selain itu, beliau menasihatkan ibu hamil mengambil makanan dan minuman yang mengandungi keperluan zat makanan yang diperlukan seeloknya dalam kuantiti mencukupi, sama seperti sewaktu beliau tidak berpuasa.
“Cara pengambilannya sahaja yang diubah kepada tempoh sewaktu berbuka puasa sehingga waktu bersahur sahaja. 

“Ini sangat penting. Penambahan berat badan yang sepatutnya juga perlu dipastikan sekitar setengah kilogram setiap minggu apabila melepasi bulan keempat.

“Seterusnya, pastikan mengambil kalori (kcal) makanan yang sihat iaitu berjumlah sekitar 25 hingga 30 kcal bagi satu kilogram berat badan individu (secara purata di antara 1,800-2,000 kcal setiap hari).

“Keperluan zat makanan pula hendaklah seimbang mengikut piramid makanan yang disarankan dengan pengambilan karbohidrat sebanyak 50 peratus, protein 30 peratus dan lemak 10 hingga 20 peratus.

“Sama ada berpuasa atau tidak, pemakanan sihat sangat mempengaruhi perkembangan janin dan bayi yang bakal dilahirkan,’’ ujarnya.

Beliau turut memberitahu, ibu hamil memerlukan air yang mencukupi, sekurang-kurangnya dua liter setiap hari (bersaiz empat botol kecil air mineral atau lapan hingga 10 gelas) bagi membantu mengurangkan dehidrasi atau kekeringan,” katanya.

Tambahnya, elakkan membeli-belah atau berjalan-jalan terutamanya di tengah panas supaya kekal segar dan tidak berlaku dehidrasi.

“Sebaiknya ambil makanan tambahan seperti pil vitamin dan kalsium pada waktu malam dan bukannya sewaktu bersahur bagi mengurangkan kesan sampingan akibat ubat seperti loya dan pening kepala. 

“Ibu hamil juga disyorkan melambatkan waktu bersahur kepada jam terakhir sebelum imsak serta tidak melambat-lambatkan berbuka apabila sampai waktunya bagi membantu mengurangkan tempoh berpuasa kepada hanya perlu sahaja,” katanya.

Menurut Dr. Adilah lagi, sesetengah ibu hamil yang berpuasa mengalami ketosis iaitu masalah yang berlaku dalam keadaan kelaparan yang lazimnya terjadi apabila berpuasa melebihi 16 jam terutamanya bagi wanita yang mempunyai penyakit kencing manis ataupun penyakit kurang zat makanan.
Situasi tersebut akan menghasilkan bahan ketone yang mungkin boleh memberi kesan negatif kepada wanita dan perkembangan janin dikandungnya. 

Tambah Dr. Adilah lagi, wanita hamil juga perlu mengenalpasti isyarat tubuh sendiri. 

“Jika ibu yang hamil sedar, mereka sememangnya tidak mengambil keperluan pemakanan yang mencukupi dan tidak bermaya, atau mengalami simptom-simptom hipoglisemia iaitu kekurangan gula dalam darah dan pening kepala, berpeluh-peluh dan sebagainya, mereka dinasihatkan berbuka puasa,” pesannya.

Perubahan kehamilan untuk menyesuaikan diri ketika berpuasa.

* Trimester pertama (tiga bulan pertama kehamilan).
Petanda-petanda morning sickness seperti tekak loya, pening kepala dan tidak berselera makan.
Pilih makanan bersesuaian dan kurang mengambil makanan berminyak serta gandakan meminum banyak air. 
Pengambilan pil asid folik pula pada sebelah malam dan bukannya sewaktu bersahur supaya kesan sampingan seperti berasa loya dan bau ketika sendawa.

* Trimester kedua (bulan ke-4, 5 dan 6 kehamilan)
Pada waktu ini morning sickness dijangka telahpun reda, namun berlaku penurunan tekanan darah dari paras biasa menyebabkan ada yang mudah pitam terutamanya jika berdiri untuk tempoh yang lama. Minum air yang mencukupi selepas berbuka puasa serta tidak berdiri lama dapat mengurangkan masalah ini.

* Trimester ketiga (bulan ke -7 hingga kelahiran) 
Wanita lebih mudah penat apabila bergerak akibat saiz kandungan yang semakin besar. Banyakkan berehat dapat membantu.




So aku harap info ni berguna pada semua para bakal ibu..boleh di amalkan ketika bulan Ramdhan dan juga ketika kita nak berpuasa ganti..nanti aku cari tips2 nya plak erk..so sharing is caring..xoxo from me n 'mybubble'..muaah::

Friday, April 8, 2011

For Lovely Secretary Week

::08 April 2011-04:30ptg::
::Jumaat::

::Hye guys..new collection dari my baby business!!Kali ni for "Lovely Secretary Week"..so nantikan new collection pada tengah malam ni..korang yang best meh lah jadi follower my baby business ni!!thnkz guys..xoxo...muaaaaah::


Thursday, April 7, 2011

::Mood BERCHINTA...::

::07 April 2011-11.30pagi::
::Khamis::

::Pagi ni takder apa nak share..aku ngah mood BERCHINTA ...hahhahantah tetiba..teringat lagu ngan mydear masa hangat BERCHINTA...saja nak share ngan korang..yang paling indah lirik lagu ni..setiap lirik ada makna masa mydear bagi aku lagu ni..k..meh layan sama..xoxo..muaaaaah..::



ARI LASSO CINTA TERAKHIR


sedalam samudra t’lah aku selami
setinggi langit diangkasa t’lah ku arungi
sepanjang kehidupanku aku mencari
sebentuk kelembutan hati cinta sejati

kini usai sudah segala penantian panjangku
setelah temukan dirimu duhai kekasihku
hanya dihatimu akan kulabuhkan hidupku
karena kau lah cinta terakhir ku

berjuta kejora terangi gelap malamku
tetap tak seindah cahaya mata hatimu

kini usai sudah segala penantian panjangku
setelah temukan dirimu duhai kekasihku
hanya dihatimu akan kulabuhkan hidupku
karena kau lah cinta terakhir ku

kini usai sudah segala penantian panjangku
setelah temukan dirimu duhai kekasihku
hanya dihatimu akan kulabuhkan hidupku
karena kau lah cinta terakhir ku

kini usai sudah segala penantian panjangku
setelah temukan dirimu duhai kekasihku
hanya dihatimu akan kulabuhkan hidupku
karena kau lah cinta terakhir ku


'Luv U mydear'


p/s:sesekali mood romantik..:)

Wednesday, April 6, 2011

::Maha Melihat::

::06 April 2011-05:00ptg::
::Rabu::

"Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Pemaaf
padaMu hati bertobat

Kau yang Maha Pengasih
Kau yang Maha Penyayang
Kau yang Maha Pelindung
padaMu semua bertekun"

::Kadang-kadang hati ni selalu tak tenang..pada siapa perlu di rujuk...kadang-kadang terpikir..sempurna kah perbuatan ku untuk-Nya?terima kah-Nya segala perbuatan ku..wahai hati sila tenang ya..::




::Tenang hati dengar lagu ni..::



seiring waktu berlalu
tangis tawa di nafasku
hitam putih di hidupku
jalani takdirku

tiada satu tersembunyi
tiada satu yang terlupa
segala apa yang terjadi
engkaulah saksinya

reff:
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Pemaaf
padaMu hati bertobat

Kau yang Maha Pengasih
Kau yang Maha Penyayang
Kau yang Maha Pelindung
padaMu semua bertekun

yang dicinta ’kan pergi
yang didamba ’kan hilang
hidup kan terus berjalan
meski penuh dengan tangisan

andai bisa ku mengulang
waktu hilang dan terbuang
andai bisa ku kembali
hapus semua pedih

andai mungkin aku bisa
kembali ulang segalanya
tapi hidup takkan bisa
meski dengan air mata

repeat reff: [2x]

Lirik Opick feat Amanda - Maha Melihat

::Forced to FORGET!!::

::06 April 2011-9.30pagi::
::Rabu::

::Assallammualaikum semua..short entry sedih pagi ni..supposed aku and mydear ada trip to 'Jakarta' on this month..ticket dah book awal dah..semua kawan mydear uruskan..tapi tulah semua tu terpaksa di lupakan..uwaa sedihnya..semuan ni atas nasihat doktor mengenai 'mybubble'..for this moment doktor tak galakkan aku jalan jauh..sebab dari awal lagi kandungan tak berapa sihat..now masih lagi dalam pemerhatian doktor..Aku kena jumpa doktor setiap dua minggu sekali sebulan...so mydear sangat risau nak bawa aku fly jauh-jauh..so for this moment terpaksa lupakan..hurmm..takperlah for 'mybubble' i will do anything..ok mood tengah tak brapa ok..will update later!!xoxo.muaah::


Friday, April 1, 2011

::LOVELY END OF MARCH::

::01 April 2011-5:00ptg::
::Jumaat::

::Petang ni gerak balik Kuala Terengganu..bestnyer..dah lama tak balik..last raya cina ari tu..sebelum aku gerak balik meh aku share gambar2 aku semalam...hihih..jarang kan aku update gambar aku yang terbaru..bukan apa..'chomel' sangat..kang korang mesti 'terkata' bulat nyer ko skrang..hahhaha..bukan tak nak terima..aku ngaku..ngandung ko..takkan aku nak kurus keremping kot..hahahha..sian kat 'my bubble'..nak makan..

Semalam opis aku buat 4-4 gathering..memang akan buat setiap minggu terakhir setiap bulan..so aku tak budget lah ada sesuatu special untu aku..because my bufday early month k..itu pun opis mate dah celebrate makan2..tak sangka semalam ada lagi..tapi kali ni officially potong kek..hihi..dah tua wei..malu..mydear pun lum sambut lg..mydear..sayang tuntut gak hadiah..hahhahah:P..so layan gambar aku ptong kek k..kakka..show off jap..abaikan aku yang carca marba k..dah petang kot..muka memang dah tak rupa apa lah..hihi..thnkz to my big boss for celebration..

::diorg macam paham2 fav kek aku from secret recipe-chocolate cheese!!::
::thnkz guys!!:: 

Lepas abis keje semalam mydear ajak tgok wayang..kan aku dah update review movie aku tgokkan..ha kali ni aku share gambar aku ngan mydear..gambar time busan kot sebab movie delay dalam 15 minit..lihatlah 'my bubbles' getting bigger..huhuh..love all the day..xoxo..muaaaaaah::


::CUN WOO!!::

::01 April 2011-1.30ptg::
::Jumaat::

::Alhamdulillah kita masih sempat lagi jumaat yang indah ini..:)...ok semalam aku and mydear dah choose nak tgok movie mana..and our choice is movie 'CUN'..ok aku ni bukan pandai sangat nak review for movie..aku rasa ni kali pertama aku buat review sejak ber blogging ni..Ok..for this time movie apa yang aku boleh katakan..menghiburkan..kira ok lah aku tak rasa menyesal OK!nak bg bintang pun aku tak reti...kalau aku untuk seisi keluarga..aku bagi 5 bintang dari 5..boleh?ker lebih?hahhaha..aku bukan apa..bak kata mydear ku..citarasa kita tak sama dengan semua orang..kadang-kadang kita suka movie ni..tapi ada plak yang tak suka..so for me better you guys watch this movie..and what i can say its worth it..:)..

Aku tak nak bagi sipnosis sebab korang leh cari sendiri sipnosis citer ni..aku hanya nak komen jer..bagi aku watak 'LUNA' yang Maya Karin pegang memang sesuai dengan karakter dia..natural..knapa aku cakap macam tu sebab kita leh nampak beza nya wanita bandar yang memang mebesar dekat Kuala Lumpur yang mempunyai 'slang' English yang kuat..hahha..btul ok...for me..kita leh nampak anak2 bandar sekarang yang terlalu kuat 'slang' untuk membezakan diorang ni dengan gadis desa..cewaah..

Bagi watak Remy Ishak pulak..aku memang suka..nampak kelelakian lelaki melayu..tak yah nak control macho..be ur self..that character Remy Ishak bring it on..kita leh mengenali tahap hati budi lelaki desa yang sangat jujur bila mengenali seseorang..simple and relax..hihih..nama Remy Ishak dalam movie ni 'ATAN' ok..so simple to remeber..hihi..

Ok serius aku tak pandai nak buat review..yang paling penting pergilah tgok citer ni..for me movie ni tak sama dengan filem komedi yang lain..yang kadang-kadang lebih merapu..kali ni..filem ni lebih menunjukkan kehidupan sebuah family yang menghiburkan..yang ada rasa kasih sayang,keagamaan,benci dan kesedihan..semua menjadi satu..kalau nak tgok seorang lelaki menangis di sebabkan maruah,cinta dan kekeluargaan..semua ada dalam movi ni..so apa lagi..g lah tgok..hihi..'CUN' woo!(yang woo tu aku yang tambah..hahhaha)xoxo..muaaaaaaaaah!!







::ni aku share ngan korang one of the movie song dalam movie ni..jangan tak tahu..remy and maya sendiri yang nyanyi k..so fun song!!::

Cun Selalu Remy Ishak dan Maya Karin (OST Cun)

Aku Suka Bila Kau Ketawa
Kau Buat Aku Senyum Ke Telinga

Aku Suka Bila Kau Tersipu
Merah Muka Hendak Sembunyi Malu

Aku Disini Dengan Kamu
Kalau Boleh Biar Selalu
Kerna Kau Kini Ada Dalam Hatiku

Hanya Kau & Aku Sentiasa
Pedulikan Apa Orang Kata
Kita Berdua Sama Saja
Hanya Ingin Cari Bahagia
Aku Jumpa Waktu Kita Bersama

Buangkan Tisu Basah Airmata
Pimpin Tanganku Untuk Selamanya

Jangan Biarkan Hati Kamu Resah
Kasih Aku Temu Percayalah

Hanya Kau & Aku Sentiasa
Pedulikan Apa Orang Kata

Kau Dalam Diri Ku Selalu }
Engkaulah Yang Aku Mahu } 2x

Hanya Ingin Bersamamu… } 4x
Hanya Ingin Bersama Kamu….